Kiriman pada: Thu, Jan 22nd, 2015

Perjuangan Melalui Perundangan Guna Kalimah “ALLAH” Kini Berakhir

Kongsi maklumat ini
Tags

MAHKAMAH PERSEKUTUANPutrajaya – Perjuangan pihak gereja melalui saluran perundangan untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam majalah mingguannya edisi Bahasa Malaysia, Herald berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya bagi semakan.

Ketika diminta oleh pemberita untuk mengulas tentang keputusan hari ini, editor majalah mingguan Katolik itu, Paderi Lawrence Andrew berkata tidak ada ruang untuk gereja mengemukakan lagi kes itu kerana permohonan semakan adalah pilihan terakhir.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata dengan keputusan itu, Gereja Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguannya, Herald, edisi Bahasa Malaysia.

“Kami harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan,” kata beliau.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong hari ini sebulat suara menolak permohonan gereja bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 14 Okt, 2013, sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Herald boleh menggunakan kalimah “Allah”.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Abdull Hamid memutuskan bahawa pihak gereja gagal memenuhi keperluan minimum bagi semakan yang termaktub di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.