Kiriman pada: Sun, Nov 27th, 2016

Perjuangan Tentang Ekstremisme Di Luar Media Sosial

Kongsi maklumat ini
Tags

perjuanganKuala Lumpur – Perjuangan menentang ekstremisme juga mesti diperhebatkan di luar media sosial memandangkan banyak orang tidak menggunakan platform tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, dalam usaha membincangkan isu ekstremisme dengan pelbagai kumpulan, ia seharusnya bermula dalam negara dengan melibatkan lebih banyak orang termasuk pemimpin komuniti dan agama, pertubuhan perniagaan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kelebihan berdialog adalah jelas…ia mendidik kedua-dua pihak, mewujudkan persefahaman yang lebih baik dan paling penting mendedahkan kelemahan yang boleh menjadi permulaan kepada kepercayaan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016 di sini hari ini.

Beliau berkata banyak kumpulan belia dari seluruh rantau ini terlibat dalam membantu golongan gelandangan, memberi tuisyen kepada kanak-kanak dan aktiviti lain yang lebih terpuji.

“Pengalaman anda menggerakkan usaha di lapangan dan terlibat secara langsung dengan masyarakat adalah jenis kepakaran yang kita perlu dalam memerangi ekstremisme,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata memperoleh pelbagai pandangan yang berbeza daripada mesyuarat merupakan satu perkara tetapi langkah penting seterusnya adalah bagaimana untuk mengakali ideal ekstremisme.

Salah satu cara untuk melakukan, katanya, adalah dengan menyediakan platform untuk mangsa keganasan berkongsi pengalaman dan menerajui usaha bagi menyangkal mitos berkaitan ekstremisme dan keganasan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata golongan belia Rohingya di negara ini perlu bekerjasama dengan badan-badan belia tempatan dalam usaha mencari keamanan di wilayah bergolak mereka di Myanmar.

“Tingkatkan penglibatan anda dengan rangkaian ini dan saya percaya anda ada platform, dengan kawan-kawan anda di Malaysia, yang boleh membantu menyuarakan kebimbingan anda dan terus menyokong usaha keamanan di negara anda,” katanya.

Khairy berkata demikian pada salah satu sesi KLIYD di mana rakan strategiknya ialah Razak School of Government dan Kumpulan NSTP sebagai rakan strategik media.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.