Kiriman pada: Tue, Feb 23rd, 2016

Perkahwinan berakhir dalam tempoh 5 tahun

Kongsi maklumat ini
Tags

PUTRAJAYA: Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) mendapati kebanyakan perkahwinan pertama penduduk di negara ini yang berakhir dengan perceraian berlaku dalam tempoh lima tahun dan ke bawah. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata antara punca utama perceraian itu adalah tiada persefahaman dan curang dengan pasangan masing-masing. Beliau berkata, kajian terhadap penduduk berusia 15 tahun ke atas di 23,112 kediaman seluruh negara mendapati, 60.7 peratus penduduk negara ini adalah mereka yang berkahwin dan hanya 1.9 peratus yang bercerai serta berpisah. “Usia perkahwinan dalam tempoh lima tahun adalah tempoh yang kritikal dan perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan,” katanya. Ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datin Paduka Chew Mei Fun, ketika melancarkan Laporan Penemuan Utama KPKM-5, di sini, pagi ini. KPKM-5 dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dari September 2014 hingga Januari 2015. Kajian berkenaan dibuat setiap 10 tahun, dengan yang pertama bermula pada tahun 1974.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.