Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

Perkasa Bantah Iklan Menghina Orang Melayu

Kongsi maklumat ini
Tags

* Ketua Wira Perkasa Sdr. Irwan Fahmi (Kanan)

* Ketua Wira Perkasa Sdr. Irwan Fahmi (Kanan)

Kuala Lumpur – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini telah menyerahkan Memo Bantahan terhadap satu paparan iklan oleh syarikat Servcorp di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut.

Memo bantahan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Wira Perkasa Malaysia Saudara Irwan Fahmi Ideris dan diterima oleh Pembantu Peribadi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, En.Shukri, Kedatangan Wira Perkasa disambut baik oleh pihak DBKL.

Wira Perkasa Mendesak supaya DBKL lebih bertanggungjawab bagi menentukan kelulusan apa jua iklan papan tanda supaya menepati segala perundangan dan ciri-ciri budaya identiti negara (termasuk mendaulat Bahasa Kebangsaan) selaras dengan prinsip-prinsip rukun negara serta Islam sebagai Agama Persekutuan.

Wira Perkasa juga berharap agar DBKL memainkan peranan penting supaya perkara seperti iklan dari syarikat Servcorp yang menggunakan gambar binatang yang di pakaikan pakaian baju Melayu tidak berulang dan juga membuat ucapan Selamat Hari Raya yang merupakan hari perayaan ibadah yang khusus untuk orang Islam.

Wira Perkasa beranggapan bahawa Servcorp tidak peka dengan sensitiviti orang Islam serta menyakitkan hati umat Melayu Islam dalam negara ini.

“Kita perlu menjaga institusi Raja-Raja, berpandu kepada prinsip-prinsip rukun negara dan asas perlembagaan negara. Peringatan di negara ini bahawa Islam adalah Agama Persekutuan sepatutnya kota raya mesti mencerminkan identiti negara – Kata Ketua Wira Perkasa Saudara Irwan Fahmi.

Kami berharap supaya setiap signboard hendaklah dihalusi supaya ianya tidak menjolok mata, tidak keterlaluan, tidak menghina mana-mana budaya adat suatu bangsa dan agama, yang bernaung di bawah panji-panji Kedaulatan Institusi Raja yang juga Ketua Agama Islam dan Payong Negara.

Disini kami juga ingin mengucap setinggi tahniah kepada pihak DBKL kerana telah mengambil tindakan terhadap perkara ini. Kepekaan dan kecekapan dalam menangani permasalahan seperti ini juga harus berterusan agar ianya boleh dicontohi oleh pihak lain.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.