Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Perkasakan tulisan jawi, titah Sultan Pahang

Kongsi maklumat ini
Tags

25pahang.transformedKUANTAN: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan semua pihak terutama institut pengajian tinggi (IPT) menyuburkan gerakan memperkasakan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat. Titah baginda, jawi adalah warisan Melayu yang harus dikekalkan dan pihak akademik seperti Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) boleh berperanan dalam usaha berkenaan. Baginda bertitah demikian pada upacara pemasyhuran sebagai Canselor KUIPSAS di sini, sebentar tadi. Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. KUIPSAS dikenali sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) sebelum mendapat status kolej universiti, baru-baru ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.