Kiriman pada: Sat, Jul 18th, 2015

Perkhidmatan Kereta Api Penting Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi

Kongsi maklumat ini
Tags

1 TIONGLAIIBeijing – Malaysia amat menitikberatkan pembangunan perkhidmatan kereta api di negara itu yang dilihat sebagai infrastruktur penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai percaya sudah sampai masanya Malaysia membangunkan dan meningkatkan sistem perkhidmatan kereta api berikutan jumlah penduduk Malaysia yang semakin bertambah.

“Kita mempunyai sistem jalan raya yang terbaik antara negara-negara sedang membangun, tetapi pelan tindakan perkhidmatan kereta api kita tidak begitu maju sejak kewujudannya pada era kolonial British,” kata Liow pada akhir lawatan tiga hari beliau ke China.

Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan kereta api Kuantan-Kuala Lumpur dan merancang untuk membangunkan sistem kereta api Kuantan-Kuala Lumpur, Port Dickson-Seremban, dan Serendah-Pelabuhan Klang, katanya kepada pemberita Malaysia.

Mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, katanya China memberi pandangan positif mengenai projek itu.

“China turut berharap syarikat mereka akan terlibat dalam membida dan mereka yakin dalam pembangunan Malaysia, serta dalam projek pembangunan infrastruktur kita,” katanya.

Ditanya sebab Malaysia tidak menandatangani Artikel Perjanjian Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), Liow berkata memorandum itu melibatkan beberapa isu teknikal yang memerlukan kelulusan Kabinet.

Kira-kira 50 anggota pengasas prospektif AIIB yang diterajui China menandatangani Artikel Perjanjian itu bagi entiti tersebut pada 29 Jun.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.