Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Perkhidmatan pantai timur operasi semula

Kongsi maklumat ini
Tags

Stesen_keretapi_Gua_MusangGua Musang: Lima puluh penumpang pertama laluan pantai timur tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Gua Musang, di sini, hari ini dari Stesen KTMB Johor Bahru.
Ketibaan mereka pada 10 pagi disambut Pengurus KTMB Wilayah Timur, Sadun Abdullah.
Menurut Sadun, perkhidmatan kereta api itu adalah yang pertama selepas ia dihentikan selama tujuh bulan bagi kerja pembaikan landasan yang rosak akibat banjir, Disember lalu.
“Kereta api ini bergerak dari Stesen KTMB Johor Bahru pada 9 malam tadi. Ia adalah kereta api pertama selepas kita beroperasi semula.
“Malam ini, satu lagi kereta api akan bergerak ke Johor Bahru pada 9 malam,” katanya.
Beliau berkata, penduduk Pantai Timur yang mahu pulang beraya ke kampung halaman, boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Maklumat lanjut mengenai jadual perjalanan boleh merujuk laman web KTMB.
Presiden KTMB, Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan turut menaiki kereta api berkenaan dari Johor Bahru.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.