Kiriman pada: Fri, Dec 18th, 2015

Perkhidmatan Teksi Bermeter Dijangka Jadi Pilihan Selepas Kenaikan Tambang ERL

Kongsi maklumat ini
Tags

fxmlKuala Lumpur – Perkhidmatan teksi bermeter dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan sebaliknya dijangka menjadi pilihan orang ramai berikutan kenaikan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berkuat kuasa 1 Jan depan.

Penasihat syarikat Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata ini kerana pengguna yang datang secara berkumpulan akan menikmati tambang lebih berpatutan berbanding tambang baharu ERL.

Pada 1 Dis lalu, Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor mengumumkan kadar tambang baharu ERL bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA dan klia2 dariPADA RM35 kepada RM55 mulai 1 Jan 2016.

Penstrukturan tambang baharu itu adalah kali pertama sejak ERL beroperasi pada 2002.

Shamsubahrin berkata, ketika ini jumlah perjalanan atau trip teksi bermeter dari Kuala Lumpur ke KLIA atau klia2 kira-kira 40 sehari dan jumlah itu dijangka meningkat sekali ganda pada tahun depan.

Dalam pada itu, Shamsubahrin berkata pihaknya bercadang mengemukakan saman sebelum akhir tahun ini ke atas perkhidmatan teksi Uber dan GrabCar yang dikatakan memasuki kawasan larangan operasi dan didakwa menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan di kawasan syarikat itu.

Terdapat lebih 800 pemandu teksi berdaftar di bawah syarikat Teksi Premium Big Blue.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.