Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

Perlantikan Pengerusi MARA Dan Perlantikan Pengerusi RISDA

Kongsi maklumat ini
Tags

pasmelakaMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan perlantikan semula Tan Sri Haji Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa hari ini (12hb Ogos 2015) dan perlantikan Datuk Zahidi bin Zainul Abidin sebagai Pengerusi Risda berkuatkuasa pada 1 September 2015, selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Tan Sri Haji Annuar Musa, 59 tahun, merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) sejak tahun 2013 dan merupakan Ahli Parlimen Ketereh memiliki sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London, serta Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah, Bahagian Perancang Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan selain pernah berkhidmat sebagai Pengerusi FAMA (1989-1990) serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi tempoh 2005 hingga Mei 2013.

Antara jawatan politik yang pernah disandang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peringat (1986-1990), ADUN Kok Lanas (2004-2008) serta Ahli Parlimen Peringat (1995-1999) di Kelantan; Menteri Belia dan Sukan Malaysia (1990-1993); Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia (1993-1999); Majlis Tertinggi UMNO (1991-2009) serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan (2004-2009).

Beliau juga turut aktif dalam badan sukarela antaranya Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia; Pengasas Yayasan Kemiskinan Kelantan (1991-kini); Setiausaha Agung Persatuan Persahabatan Malaysia-Indonesia (2002-kini); Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (2007-kini) serta Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia bagi tahun 2010 hingga kini.

Sementara itu, Datuk Zahidi, 54 tahun, yang merupakan Ahli Parlimen Padang Besar sejak tahun 2013 memiliki Ijazah Sarjana Sains Politik dari Irish International University, Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Northern California Global University dan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, DUN Beseri, (1999 – 2008), Setiausaha Politik Menteri Kewangan II (2003) dan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis (1994)

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob percaya bahawa perlantikan Tan Sri Haji Annuar Musa dan Datuk Zahidi bin Zainul Abidin akan dapat memimpin MARA dan Risda dalam melaksanakan dasar dan perancangan oleh Kementerian demi mencapai objektif Transformasi Negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.