Kiriman pada: Sat, Jan 7th, 2017

Perlantikan Tan Sri Shahrir Mendapat Restu Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

Cubaan Mahahtir menghasut rakyat tidak mengira masa dan waktu serta tempat, matlamatnya semua kebaikkan yang bakal berlaku perlu di musnahkan demi mencapai maksud dan hajat.

Dimana sahaja jika ada peluang untuk menghasud rakyat beliau akan lakukan seperti mana sumpah dan janji pembangkang yang mahu menghasud rakyat tidak kira masa yang penting keyakinan rakyat kepada pemimpin dan Barisan Nasional mesti di lunturkan.

Terbaru adalah hasutan beliau terhadap perlantikan pengerusi Felda yang baharu Tan Sri Shahrir Abd Samad yang tidak sampai 24 jam dan mungkin belum pun lagi memasuki pejabat Pengerusi Felda dengan mengatakan bahawa Tan Sri Shahrir menerima dana berjumlah 1 juta.

Dengan harapan bahawa peneroka akan berpandangan negetif terhadap Pengerusi Felda yang baru ini kononnya akan merompak banyak lagi wang milik warga Felda.

Apa sebenarnya yang berlaku ialah wang tersebut adalah wang sumbangan sebagai gantian wang yang telah digunakan ketika pilihan raya seblum ini dan ianya tiada kena mengena dengan duit yang menjadi isu RM2.6 bilion atau duit dari Felda.

“Soal dana RM1 juta ini adalah pemberian daripada pemimpin parti saya bagi tujuan menggantikan duit saya yang digunakan untuk tujuan politik ketika pilihan raya sebelum ini, ia tidak ada kena mengena dengan isu RM2.6 bilion atau Felda” ulas Tan Sri Shahrir.

Beginilah perancangan puak pembangkang untuk mempamirkan keburukan pemimpin dari parti pemerintah tidak kira siapapun mereka, kerana inni lah janji puak pembangkang yang tugas mereka adalah menghasud rakyat supaya membenci kerajaan.

“Ia soal dana politik dan ini cara kononnya Tun Mahathir mahu membuat rakyat benci saya kerana mendapat RM1 juta, tetapi saya bukan jenis orang yang mencari projek seperti itu. Kalau ini (terima dana politik) bukti saya mahu ‘merompak’ Felda, bagitahulah begitu. “Dia (Tun Mahathir) tahu saya tak pernah ambil tanah kerajaan ketika saya menjadi menteri bawah kabinetnya”.

Walaubagaiman pun perlantikan Tan Sri Shahrir adalah demi kebaikkan untuk warga peneroka Felda kerana pengalaman beliau didalam menguruskan apatah lagi beliau adalah bekas Menteri yang pernah menyandang jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.

Yang penting perlantikan Tan Sri Shahrir mendapat restu dan kepercayaan dari Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, kerana segala perancangan Dato’ Seri Najib sahingga kini belum lagi ada yang gagal di laksanakan, atas keyakinan Perdana Menteri maka warga Felda juga harus menerima dengan rasa bangga tanpa mempedulikan apa-apa yang keluar dari mulut Mahathir yang sebelum ini pun tidak pernah mempedulikan nasib peneroka.

Malah Tan Sri Shahrir sendiri berpendapat jika perlantikkan ini memberi kebaikkan dan mengembalikan sokongan warga Felda maka ianya adalah satu perlantikan yang bijak, kerana kesetiaan Tan Sri Shahrir telah terbukti sekian lama yang tidak mahu melihat negara ini musnah oleh tangan-tanagn yang mahu merosakkan negara.

Tahniah kepada Tan Sri Shahrir Abd Samad yang akan menerajui warga Felda, semoga Felda akan terus makmur, maju dan berjaya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.