Kiriman pada: Fri, Nov 20th, 2015

Perluas Rangkaian Serantau Untuk Potensi Pertumbuhan ASEAN, Kata Duta Besar Jepun

Kongsi maklumat ini
Tags

fjmKuala Lumpur – ASEAN perlu meluaskan rangkaian serantau bagi menarik lebih banyak kemasukan pelaburan dan kerjasama perdagangan, selari dengan potensi pertumbuhan ekonomi rantau berkenaan,” kata Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa.

Beliau berkata kumpulan serantau yang dianggotai 10 negara itu kini menyumbang tiga peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia berbanding Kesatuan Eropah yang menyumbang sebanyak 24 peratus.

“Jika kita membandingkan ASEAN dengan Kesatuan Eropah, saya percaya ini dapat menyedarkan kesemua rakyat ASEAN bahawa masih ada ruang untuk berkembang.

“Bagi membolehkan ASEAN meluaskan skopnya, ia perlu mewujudkan penyepaduan serantau yang lebih luas atau skim kerjasama serantau terutama dalam bidang ekonomi,” katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Miyagawa juga menggesa Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dimuktamadkan secepat mungkin.

“RCEP sangat penting (untuk penyepaduan ekonomi) memandangkan ia menyepadukan kesemua ASEAN + Jepun, China, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand,” katanya.

RCEP ialah perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundinglan oleh 10 anggota ASEAN, China, Australia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan India.

Beliau juga memuji usaha untuk menyatukan ekonomi serantau menerusi pembentukan Komuniit Ekonomi ASEAN menjelang akhir 2015.

Menurutnya kesatuan itu merupakan ‘hasil usaha bijak ASEAN dalam tempoh 30 tahun’.

Bagi mengembangkan dan menyatukan komuniti ekonomi menjelang akhir tahun, Miyagawa berkata ASEAN mesti menangani jurang pembangunan sesama negara anggota.

ASEAN dan Japan menjalin hubungan dialog tidak rasmi pada 1973, dan kemudiannya menjadi dialog rasmi pada Mac 1977 menerusi Forum ASEAN-Jepun.

Beliau berkata Jepun menawarkan sokongan kepada ASEAN dalam mengurangkan jurang pembangunan dengan menyediakan infrastruktur dan kepakaran sumber manusia terutama bagi Wilayah Mekong.

“Ini termasuk pembinaan pelabuahan di Vietnam, membina rantaian jalan di Kemboja, pembinaan taman di Laos selain memperkukuh keupayaan maritim dan keselamatan di Filipina dan Malaysia,” kata Miyagawa.

Menurut laman web ASEAN, Jepun menduduki tempat ketiga dalam kemasukan langsung asing di ASEAN dengan sejumlah US$56.35 bilion antara 2012 dan 2014.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.