Kiriman pada: Mon, Mar 9th, 2015

Permusuhan di ketepikan demi pasukan

Kongsi maklumat ini
Tags

merce.transformed_0PARIS: Mercedes tidak akan menghalang persaingan sengit di antara juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya, Nico Rosberg, kata bos pasukan, Toto Wolff.

Malah perseteruan kedua-dua pelumba berbakat ini yang dilihat menuju kemuncak apabila Rosberg melanggar jentera Hamilton ketika Grand Prix Belgium di Litar Spa-Francorchamps, Ogos tahun lalu dianggap baik untuk F1, kata Wolff kepada AFP.

Begitupun, permusuhan di antara pelumba Britain dan Jerman itu tidak boleh melebihi had yang masih boleh diterima pasukan.
“Kami tidak akan mengubah pendekatan kami dalam terma falsafah atau bagaimana untuk membiarkan pelumba-pelumba kami berlumba,” kata Wolff. “Malah untuk melakukannya bukan sesuatu yang mudah.

“Bagi kami, untuk jenama kami, untuk Formula Satu, adalah penting untuk melihat mereka bersaing, satu sama lain,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif pasukan Mercedes AMG PETRONAS.

Pada musim lepas, Hamilton-Rosberg menambah debaran F1 yang seakan kehilangan sengatnya dan bagi Wolff, ia akan berterusan untuk musim ini.

Mengakui apa yang terjadi di Belgium tahun lepas sebagai hampir mencapai had yang dibenarkan, Wolff berkata Mercedes memahami apa yang terjadi.

“Jika kamu tidak mempunyai emosi dalam sukan ini, jika kamu kekal rasional sepanjang masa, kamu akan banyak berdepan kerugian dan sukan ini juga akan rugi dan cara kami mengendalikan pasukan ialah dengan emosi.

“Apa yang berlaku di Spa, kami semua amat sedar dengan yang kami akan menghadapi situasi ini. Kami mempunyai pendekatan yang terang, mampu mengawal kerana kami mahukan keputusan. Apa yang kami mahukan ialah ia tidak akan berlaku lagi.

“Segala komunikasi, segala reaksi di Spa akan diambil perhatian,” katanya.

Hamilton yang terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal berang dan berkata selepas perlumbaan di Spa yang Rosberg memberitahunya pelanggaran itu sudah ditentukan.

Rosberg sudah dihukum namun pasukan itu tidak pernah mendedahkan bentuk hukuman yang dikenakan.

Selain permusuhan di antara Hamilton dan Rosberg, F1 tahun lepas berdepan kritikan kerana bunyi jentera yang semakin perlahan namun tahun ini, enjin baharu, V10 yang digunakan akan ditambah dengan ekzos yang besar dan memiliki bunyi lebih dramatik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.