Kiriman pada: Wed, Feb 8th, 2017

Perogol Bersiri Tak Boleh Masuk Sarawak

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuching – Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah dihalang daripada memasuki negeri ini.

Masing berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, ramai individu yang melakukan kesalahan yang lebih kecil (berbanding Selva Kumar) dihalang daripada memasuki negeri ini.

“Dia melakukan kesalahan yang serius dan sewajarnya kita menghalangnya memasuki Sarawak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kerajaan negeri Sabah menjadi pentadbiran negeri pertama di negara ini memutuskan untuk menghalang Selva Kumar daripada memasuki negeri itu.

Arahan kepada Jabatan Imigresen Sabah dikuatkuasakan serta-merta, kerana Selva Kumar dianggap sebagai individu berisiko tinggi.

Selva Kumar, yang disyaki melakukan serangan seksual terhadap kira-kira 1,000 wanita, dihantar pulang dari Kanada, selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di negara itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.