Kiriman pada: Sat, Aug 8th, 2015

Perompak larikan 10 dulang emas bernilai RM500,000

Kongsi maklumat ini
Tags

NEWSNIBONG TEBAL: Seorang pemilik kedai emas dekat Sungai Bakap, di sini, kerugian lebih RM500,000 apabila hampir 90 peratus barang kemas yang dipamerkan di premis berkenaan dilarikan dalam rompakan kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi. Mengikut saksi, tiga lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta memberhentikan kenderaan terbabit berhampiran premis berkenaan. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad, berkata seorang daripada mereka menunggu di luar premis sementara seorang memecahkan premis menggunakan tukul besi manakala seorang lagi menunggu di dalam kenderaan terbabit.

“Ketika kejadian ada dua pekerja di mana seorang berada di luar kaunter manakala seorang lagi di dalam kaunter. “Selepas terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan penjenayah, kedua-dua mereka yang terkejut terus menyelamatkan diri dengan berlari ke pintu belakang kedai,” katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian, sebentar tadi. Kira-kira 10 dulang berisi emas dilarikan penjenayah terbabit.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.