Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Perpaduan teras kekuatan dan kemuliaan umat

Kongsi maklumat ini
Tags

ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI 2015KUALA LUMPUR: Transformasi menuju negara Islam yang maju dan berpendapatan tinggi dengan wasatiyah bersendikan maqasid syariah sebagai prinsip pentadbiran, serta Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan adalah keutamaan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak. Serentak itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa istiqamah dan berusaha memakmurkan Malaysia bersandarkan sunnah terpenting diwariskan Rasulullah SAW iaitu membina perpaduan. “Semoga dengan barakah Maulidur-Rasul dan komitmen perpaduan kita, Allah akan menjadikan Malaysia, negara yang menepati ciri-ciri seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud: “negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun”,” katanya dalam perutusan Maulidur-Rasul 1437H yang disiarkan dalam blog NajibRazak.com hari ini. Najib berkata, jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW begitu besar kepada umat Islam dan Baginda bersama sahabat menanggung pelbagai kesusahan dan penderitaan dalam memartabatkan syiar dan syariat Islam serta membina ummah ini. “Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana di atas rahmat-Nya pada tahun 2015 ini, kita dapat menyambut Maulidur-Rasul berganda. Pada 3 Januari yang lalu, kita menyambut Maulidur-Rasul bagi tahun 1436H. “Dan pada hari ini, 24 Disember kita meraikan sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1437H. Alhamdulillah,” katanya. Perdana Menteri berkata, ummah bukan merujuk kepada nama bagi satu kaum yang bermastautin di satu-satu tempat, sebaliknya berjuta insan daripada pelbagai kaum yang tinggal di kawasan berlainan. “Apabila mereka hidup harmoni dan bersatu-padu, maka jadilah mereka sebagai satu ummah. Perasaan keumatan inilah asas sejati perpaduan, silaturahim dan ukhuwah Islamiah. Manakala perpaduan pula adalah teras kekuatan dan kemuliaan umat ini. “Justeru, amatlah penting kita hayati perpaduan ini dan terjemahkan ia dalam bentuk kesatuan kasih sayang dan tindakan praktikal. Bermula dengan unit asas seperti keluarga, kejiranan hatta ke peringkat negara malah antarabangsa,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.