Kiriman pada: Sun, Feb 12th, 2017

PERS1M Bidas IKHLAS Bela Pemandu Syarikat Kongsi Kereta

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) mempersoalkan langkah Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), mengadakan sidang media bagi membela nasib pemandu sebuah syarikat kongsi kereta, esok.

Timbalan Pengerusi PERS1M, Kamarudin Mohd Hussain, berkata tindakan IKHLAS itu tidak berasas dan sia-sia kerana perkhidmatan syarikat berkenaan tidak sah mengikut undang-undang selain pengguna tidak dilindungi insurans.

Pemandu di bawah PERS1M yang sebenarnya kini menghadapi pelbagai masalah yang perlu dibela IKHLAS.

“IKHLAS sepatutnya, menyeru masyarakat dan rakyat mematuhi undang-undang, bukannya bersekutu dengan mereka mencabuli undang-undang.

“Tindakan ini mungkin boleh disifatkan untuk mencari publisiti murahan dan saya rasa IKHLAS tidak ada kerja lain hendak dibuat, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, mengumumkan akan mengadakan sidang media berhubung aduan pemandu syarikat terbabit mengenai kadar tambang yang dianggap tidak berpatutan, esok.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.