Kiriman pada: Thu, Jul 31st, 2014

Persediaan Menyambut Jenazah Di KLIA

Kongsi maklumat ini
Tags

Raptai Jenazah MH17Sepang – Persediaan telah dibuat untuk menerima kepulangan jenazah rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine.

Di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), van-van jenazah sudah tersusun rapi.

Beberapa khemah turut didirikan di perkarangan kompleks.

Dalam satu raptai, anggota tentera daripada Rejimen Askar Melayu Diraja yang lengkap beruniform kelihatan mengusung keranda dengan penuh hormat untuk diberi penghormatan terakhir.

Namun jenazah 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga minggu lagi.

Seorang pegawai yang terlibat dalam urusan pengendalian jenazah berkata persediaan awal dibuat bertujuan untuk memastikan proses ketibaan jenazah bakal berjalan lancar.

“Hari ini hanya satu raptai untuk menyambut jenazah. Ia masih dalam peringkat perancangan dan ia masih belum dimuktamadkan. Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.

“Satu mesyuarat akan diadakan esok (Khamis) untuk membincangkan secara terperinci proses menyambut ketibaan jenazah nanti,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.