Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

Persediaan Strategi Kewangan Dan Fiskal Memenuhi Aspirasi Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ01_230415_NAJIB-Read-OnPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Kementerian Kewangan membuat persediaan dari segi strategi kewangan dan fiskal yang baik dan tepat untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan menyarankan warga kementerian untuk bertindak dalam satu pasukan untuk menghadapi cabaran ekonomi dunia.

“Kita mempunyai tanggungjawab berat menghadapi suasana ekonomi dunia dan serantau yang memerlukan penumpuan dan penugasan yang sangat rapi.

“Insya-Allah, saya percaya sebagai satu pasukan, Kementerian Kewangan boleh menggalas segala pesanan saya,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan.

Dalam ucapan ringkas itu, beliau juga mengalu-alukan kedatangan Timbalan Menteri Kewangan yang baharu dilantik pada Selasa lepas iaitu Datuk Johari Abdul Ghani.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.