Kiriman pada: Fri, Aug 21st, 2015

Persepsi Negatif Terhadap Ekonomi Negara Perlu Segera Dibetulkan

Kongsi maklumat ini
Tags

2tokpaKota Bharu – Persepsi negatif terhadap ekonomi negara perlu segera diperbetul bagi menangkis kekeliruan yang wujud dalam kalangan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan mengenal pasti bahawa kedudukan ekonomi hari ini bukan satu krisis tetapi satu keadaan yang berpunca daripada persepsi dan sentimen.

“Umpamanya persepsi bahawa ekonomi negara kita terlalu bergantung kepada minyak. Ini tidak betul kerana 77 peratus daripada eksport kita terdiri daripada barangan pembuatan. Pergantungan kita kepada minyak, kelapa sawit dan getah cuma 23 peratus,” katanya kepada pemberita.

Mustapa berkata keadaan ekonomi berkemungkinan juga ada kaitan dengan politik namun faktor itu dilihat bersifat sementara.

Beliau berkata ekonomi negara masih kukuh seperti yang diumumkannya dua hari lepas iaitu Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelaburan baharu diluluskan sebanyak RM113.5 bilion pada separuh pertama tahun ini, dengan 81.1 peratus merupakan pelaburan domestik.

Dari segi pelaburan jangka panjang, beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang.

“Yang penting, kita perlu menguruskan persepsi sebaik mungkin, termasuk memperbaiki komunikasi supaya rakyat memahami keadaan ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.