Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Persoalan Netizen: Mana Jawapan Admin?

Kongsi maklumat ini
Tags

kfglPihak yang suka menabur persepsi serta mewujudkan kesangsian seharusnya lebih berani dan bijak menanganinya apabila perkara tersebut tiba-tiba berbalik semula kepada mereka. Jika sudah tahu persepsi itu sudah dianggap satu perkara yang sukar untuk diperjelas, apalah kiranya sekadar menjawab sedikit persoalan yang dibangkit?

Bukan apa, kadangkala semudah berkata-kata untuk menghentam untuk perihal yang tidak jelas, kadang-kadang kasar, kadang-kadang halus, namun begitu lah hakikat dan ragam orang sekarang yang kuat bertanya dan menegur terutama netizen masa kini.

Tidakkah bagaikan cepat mengaku kalah sekiranya persoalan yang berbangkit tidak dijawab? Sekurang-kurangnya berilah sedikit penjelasan bagi persoalan berbangkit. Jangan terus bermegah dengan kemahsyuran laman sosial sedangkan pada hakikat masih berselindung disebalik bayangan.

Barangkali ada hati kecil yang tersalah tafsir pada satu persoalan yang timbul. Mana logiknya jika hanya pihak yang reti membangkang sahaja pandai mencuit tetapi pabila tiba masa dicuit, mula menggelabah tak tahu hendak berbuat apa.

Budaya perli-memerli ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi tidak adil lah jika hanya boleh diguna pakai oleh satu pihak sahaja. Baru sahaja sekali dua diperli sudah seperti cacing kepanasan. Oleh itu jika tidak tahan bergurau baik berdiam diri sahaja.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.