Kiriman pada: Tue, Nov 29th, 2016

Pertama Kali Najib Luahkan Rasa Hati Yang Terbuku

Kongsi maklumat ini
Tags

luahanPresiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia hari ini meluahkan rasa hatinya melibatkan bekas Perdana Menteri Mahathir Muhamad yang sebelum ini cukup-cukup dihormatinya.

Oleh kerana perasaan kasih dan sayangnya, beliau kepada bekas Perdana Menteri ke empat itu membuatkan beliau berdiam diri dari membalas semua serangan dan tomahan yang dibuat oleh Mahathir terhadap dirinya.

Dato’ Seri Najib menyampai rasa hatinya didalam majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra siang tadi.

Diantara yang diluahkan ialah desakkan Mahathir kepada beliau berhubung jambatan bengkok yang dibatalkan sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Badawi yang mana setelah kajian terperinci dilakukan adalah tidak berbaloi untuk meneruskan pembinaan jambatan tersebut perkara ini menjadi punca kemarahan Mahathir terhadap dirinya (Najib).

Selain itu Dato’ Seri Najib juga turut mendedahkan bahawa isu kegagalan membantu anaknya Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO menjadikan kemarahan Mahathir kian marak, sedangkan ketika itu pendirian Mukhriz sendiri pun tidak menentu diantara bertanding Majlis Tertinggi yang kemudiannya berubah kepada jawatan Naib Presiden.

Sedangkan ketika itu Najid telah pun membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada Naib-Naib Presiden yang sedia ada.

Didalam taklimat tersebut Dato’ Seri Najib turut menyeru setiap jentera parti agar sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya dan harus bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh parti UMNO, beliau seperti sudah memalu gendang perang pilihan raya, sebagai mengambarkan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.