Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Pertandingan Kampung Bebas Dadah tingkat kesedaran

Kongsi maklumat ini
Tags

11bebas.transformed_0SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang memperkenalkan pertandingan Kampung Bebas Dadah mulai tahun ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan bahan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cadangan itu juga didorong peningkatan jumlah penagih di negeri ini, yang mencecah 2,234 orang tahun lalu, berbanding 2,152 pada tahun 2014. “Pertandingan itu dicadang diadakan di peringkat daerah dan kemudian negeri,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Suhaimi Abdullah di pejabatnya, di sini, sebentar tadi. Mohamad berkata, antara ganjaran yang boleh diberikan kepada pemenang pertandingan ialah pembinaan dewan di kampung berkenaan. Katanya, kejayaan sesebuah kampung bukan lagi hanya dinilai berdasarkan faktor kebersihan dan kecantikan, tetapi juga bebas daripada dadah. Sementara itu, beliau berkata, penyertaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pengurusan masjid penting untuk membanteras penyalahgunaan dadah di peringkat akar umbi. “Majoriti penagih dadah adalah orang Melayu dan kerajaan negeri mahu JKKK serta pengurusan masjid bekerjasama dengan agensi itu supaya gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.