Kiriman pada: Fri, Dec 18th, 2015

Pertemuan Mesra PM dan Hadi Awang

Kongsi maklumat ini
Tags

KL27_171215_MULTAQAKuala Lumpur – Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar di sini Khamis berlangsung dalam suasana penuh kemesraan.

Perdana Menteri yang juga presiden Umno dan Abdul Hadi saling menyapa serta bersalam-salaman lalu kemudiannya menyertai alumni tersohor lain di atas pentas selepas Najib merasmikan multaqa berkenaan.

Abdul Hadi, yang berucap sebelum Perdana Menteri, menegaskan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Ketika berucap, Datuk Seri Najib memetik surah al-Quran berkaitan kewajipan umat Islam untuk bersatu padu.

Beliau turut menggesa Abdul Hadi supaya bersama-sama dengan beliau dalam menyatupadukan umat Islam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.