Kiriman pada: Sun, Oct 9th, 2016

Pertingkat Usaha Dekati Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

najib10Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Gerakan meningkatkan usaha gigih dan bekerja lebih kuat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan rakyat.

“Kita mestilah mendekati rakyat, sentiasa memberi perkhidmatan yang efektif dan memastikan organisasi kita mempunyai gerak kerja yang mantap lagi tersusun serta teratur,” katanya.

Datuk Seri Najib berkata demikian dalam satu mesej menerusi rakaman video yang ditayangkan pada persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-45.

Video berdurasi dua minit itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.

Datuk Seri Najib yakin Gerakan dapat memperbaiki prestasi pada pilihan raya umum akan datang berbekalkan tanggungjawab kepada rakyat yang dilaksana dengan baik di bawah kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Saya juga pernah menyarankan dan sekali lagi menekankan kepada semua anggota Gerakan agar mereka mempunyai ‘courage of your convictions’.

“Semoga menerusi kesepakatan dan kerjasama yang baik serta ikhlas, saya percaya BN akan terus berjaya dalam memimpin Malaysia ke arah kejayaan yang lebih gemilang dan membanggakan,” katanya.

Datuk Seri Najib turut menekankan pentingnya parti-parti komponen BN menyangkal tohmahan pembangkang yang sering memutar belit isu semasa dan memburukkan nama baik Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.