Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Memberangsangkan

Kongsi maklumat ini
Tags

Demi Rakyat Demi Masa Depan 02Kuala Lumpur – Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah memberangsangkan dalam konteks kemelut ekonomi dan pasaran antarabangsa masa kini, kata Ketua Penyelidik MIDF Amanah Investment Bank Bhd Zulkifli Hamzah.

Beliau berkata walaupun dunia kini menghadapi kejatuhan harga komoditi terutamanya minyak, namun Malaysia masih mampu menjana pertumbuhan, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.

“Kejatuhan nilai Ringgit walaupun dipandang negatif oleh rakyat amnya, telah membawa manfaat kepada industri eksport terutamanya yang berasaskan sumber.

“Paling penting ialah mengekalkan momentum pertumbuhan. Walaupun menghadapi cabaran, momentum pertumbuhan Malaysia adalah lebih baik daripada Singapura (tahun lepas),” katanya beliau.

Zulkifli merujuk laporan Bloomberg semalam yang mengunjurkan Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang 2016 dengan kadar pertumbuhan 4.5 peratus.

Laporan itu juga mengunjurkan kadar kemungkinan kemelesetan ekonomi Malaysia pada sekitar 10 peratus.Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Memberangsangkan
Kuala Lumpur – Pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah memberangsangkan dalam konteks kemelut ekonomi dan pasaran antarabangsa masa kini, kata Ketua Penyelidik MIDF Amanah Investment Bank Bhd Zulkifli Hamzah.

Beliau berkata walaupun dunia kini menghadapi kejatuhan harga komoditi terutamanya minyak, namun Malaysia masih mampu menjana pertumbuhan, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.

“Kejatuhan nilai Ringgit walaupun dipandang negatif oleh rakyat amnya, telah membawa manfaat kepada industri eksport terutamanya yang berasaskan sumber.

“Paling penting ialah mengekalkan momentum pertumbuhan. Walaupun menghadapi cabaran, momentum pertumbuhan Malaysia adalah lebih baik daripada Singapura (tahun lepas),” katanya beliau.

Zulkifli merujuk laporan Bloomberg semalam yang mengunjurkan Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang 2016 dengan kadar pertumbuhan 4.5 peratus.

Laporan itu juga mengunjurkan kadar kemungkinan kemelesetan ekonomi Malaysia pada sekitar 10 peratus.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.