Kiriman pada: Tue, Oct 25th, 2016

Peruntukan Merancakkan Sektor Kesenian

Kongsi maklumat ini
Tags

sektorkesenianKota Kinabalu – Peruntukan RM80 juta bagi merancakkan sektor kebudayaan dan kesenian yang disediakan dalam Bajet 2017 bakal memberi impak positif kepada kepada perkembangan serta kelangsungan sektor berkenaan di Sabah.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Tan Sri Wences Angang berkata menerusi inisiatif itu juga akan membantu pihaknya menjalankan kajian dan pendokumentasian nilai budaya pelbagai etnik di Sabah yang akan diteruskan pada tahun depan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmi dan meninjau Pameran eCITRA 2016 anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini hari ini.

Wences berkata usaha memelihara kesenian dan kebudayaan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah perlu terus dipergiat supaya ia tidak pupus dan generasi muda di negeri ini mengenali khazanah warisan seni budaya mereka.

Mengenai eCITRA, Wences berkata pameran itu adalah platform pensyarah dan alumni fakulti serta pelajar sarjana mempamerkan bakat dan hasil kajian dalam bidang kesenian termasuk teknologi seni reka, seni lukis dan seni visual.

Katanya orang ramai terutama pencinta seni dan pelajar di Sabah perlu mengambil peluang mengembangkan pengetahuan dalam bidang seni dengan berkunjung ke pameran bertemakan ‘Qualisigns’ itu yang diadakan mulai hari ini hingga 17 Nov depan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.