Kiriman pada: Wed, Nov 23rd, 2016

Peruntukan RM35 Juta Untuk Pembangunan Darul Quran

Kongsi maklumat ini
Tags

35jutaBangi – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta bagi tujuan pembangunan dan pembinaan prasarana kampus induk Darul Quran di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Beliau berkata kemudahan bangunan pengajian dan penginapan pelajar yang terhad menyaksikan hanya kira-kira 150 hingga 250 pemohon diterima memasuki Darul Quran, sedangkan permohonan kemasukan mencecah ribuan orang setiap tahun.

Beliau berucap ketika merasmikan Simpoisum Tahfiz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sempena sambutan jubli emas Darul Quran Ke-50 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini.

Menyedari kekecewaan ibu bapa apabila anak-anak mereka tidak berpeluang meneruskan pengajian di bidang tahfiz, Ahmad Zahid berkata kerajaan memberikan peruntukan itu dengan harapan ia dapat memperkasakan institusi tahfiz sehingga menjadi hab pendidikan tinggi tahfiz.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) kepada 33 penerima pangkat mumtaz, satu pengiktirafan kepada individu yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta tidak memperoleh pengiktirafan dari mana-mana institusi.

STM kini diterima pakai sebagai satu dokumen sokongan bagi permohonan guru tahfiz Kementerian Pendidikan dan Skim Pembiayaan Hafiz yang ditawarkan oleh Jakim.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.