Kiriman pada: Mon, Nov 7th, 2016

Perwakilan DAP Dakwa Kerajaan P.pinang Gagal Bela Kaum India

Kongsi maklumat ini
Tags

61476593342_950x600George Town – Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 hari ini membidas pentadbiran kerajaan negeri yang mengabaikan kebajikan kaum India di negeri ini.

Perwakilan Datuk Keramat A. Krishnan mendakwa kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.

“Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan kami lebih baik berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun, malangnya sejak 2008, peluang (untuk kaum India) semakin hilang,” katanya semasa sesi perbahasan konvensyen itu di sini, hari ini.

Krishnan turut mendakwa slogan ketelusan yang diperjuangkan kerajaan DAP tidak bermakna apabila hanya individu tertentu sahaja yang berkuasa membuat keputusan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.