Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

Pesawat Baru Boeing 737-800 Diraja Johor Dikesan Di Washington

Kongsi maklumat ini
Tags

pesawatboeingsultanjohorSebuah pesawat Boeing 737-800 dengan jata diraja Johor telah dikesan di Everett, Washington.

Ia merupakan penambahan koleksi armada Sultan Johor yang terbaru, yang terdiri daripada beberapa buah kereta dan pesawat, malah sebuah trak ‘Optimus Prime, seperti yang kami kongsikan sebelum ini.

Seorang individu mengesan pesawat ini ketika lawatannya ke Amerika Syarikat.

Pesawat Boeing Business Jet 2 mampu untuk terbang selama 10 jam tanpa henti.

Pesawat berwarna emas dengan jata diraja Johor dikatakan mempunyai dalaman yang lengkap mengikut spesifikasi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mempunyai lesen juruterbang dan merupakan peminat tegar kapal terbang dan kereta.

Sumber TMI memberitahu bahawa pesawat ini dijangkakan untuk tiba di Johor Bahru beberapa minggu lagi dari Washington.

Berdasarkan harga semasa pesawat model 737-800 ini, ianya dianggarkan berharga lebih RM400 juta (AS$96 juta).

Walau bagaimanapun, pihak Istana Johor enggan mengulas atau mengesahkan perkhabaran di atas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.