Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

PESAWAT C-130 KE THAILAND BAWA PULANG MANGSA NAHAS BAS

Kongsi maklumat ini
Tags

bndfhkKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat C-130 akan dihantar ke Thailand untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas bas di sana.

“Saya telah mengarahkan pesawat C-130 kita dihantar ke Thailand untuk bawa pulang jenazah rakyat kita yang terkorban akibat kemalangan di Chiang Mai,” katanya menerusi catatan di laman Facebook.

Pada masa sama, beliau berkata pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah berada di daerah tempat kejadian bagi memberi sebarang bantuan termasuk kepada anggota keluarga mangsa.

“Saya berkongsi kesedihan anggota keluarga. Sekiranya ada anggota keluarga atau kenalan mangsa nahas di Malaysia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Bilik Gerakan Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874570,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Najib telah mengarahkan penerbangan ihsan dibuat bagi membawa pulang mangsa yang terkorban.

Seramai 13 warga Malaysia disahkan terkorban dan sembilan lagi cedera dalam nahas bas pada 11.30 pagi waktu tempatan pada Ahad.

Menurut laporan media, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan lain ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.