Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Pesilat Umpama Angkatan Ketiga Pertahanan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB ABDUL RAZAK / MAJLIS HIMPUNAN SANG SAPURBA SEGAYONGSerdang – Semua pesilat dan pertubuhan silat adalah umpama angkatan ketiga yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh durjana sama ada dari dalam mahupun luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata walaupun masyarakat kini dalam zaman kontemporari serba moden tetapi semangat kependekaran sangat penting dalam konteks pertahanan negara.

“Pembabitan dalam persilatan khususnya persilatan gayong ada beberapa kelebihan yang boleh dihayati iaitu membina kekuatan yang tidak berpaksi kepada kekuatan fizikal sahaja tapi pengorbanan rohani, jiwa, mental supaya sentiasa kental menghadapi sebarang cabaran,” katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis ‘Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015’ anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) yang dihadiri kira-kira 12,000 pesilat gayong seluruh negara di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Najib berkata, antara kelebihan lain seorang pesilat ialah seni mempertahankan diri itu menekankan kepentingan penambahbaikan diri daripada segi fokus dan meraih kepakaran yang semakin mendalam dan tinggi.

“Silat juga membentuk kesatuan dan kesepaduan. Ini amat penting demi survival orang Melayu dan kecemerlangan bangsa yang mesti berpaksi kepada solidariti antara orang Melayu dan Islam,” katanya yang juga Imam Khalifah Agung PSSPGM.

Najib berkata, silat juga membangunkan anak-anak muda selain menekankan disiplin dan jati diri dalam membina karektor dan keutuhan jati diri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda
  1. […] “Silat juga membentuk kesatuan dan kesepaduan. Ini amat penting demi survival orang Melayu dan kecemerlangan bangsa yang mesti berpaksi kepada solidariti antara orang Melayu dan Islam,” katanya yang …read more […]

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.