Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Pesta Sabah Dari 29 April Hingga 1 Mei

Kongsi maklumat ini
Tags

fhjmfxhKota Kinabalu – Pesta Sabah akan diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Sabah di sini dari 29 April hingga 1 Mei.

Ia yang bertemakan ‘Gulu Gulu’ atau bermakna satu masa dahulu merupakan perayaan menerusi teater muzikal dan pameran yang dimulakan dengan Pesta Menuai.

Pertunjukan selama tiga hari itu antara lain mengetengahkan perjuangan pahlawan Mat Salleh semasa zaman kolonial, kata kenyataan Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd.

Tiket untuk pertunjukkan pentas berharga RM50.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pengurus Acara Sri Pelancongan Sdn Bhd, Zachary Mobijohn di talian 088-232121 atau e-mel info@sabahtourism.com atau www.sabahfest.com.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.