Kiriman pada: Mon, Mar 23rd, 2015

PETEKMA – Tiada Mogok Isu Penangguhan Kenaikkan Tambang

Kongsi maklumat ini
Tags

PETEKMA-SPADKuala Lumpur – PETEKMA hari ini merayu kepada kerajaan agar penangguhan kenaikkan tambang teksi di pertimbangkan semula, Presiden Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Lemosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA), En. Mohd. Syarir Hj Abdul Aziz berkata ini kerana tidak sampai 50 ribu orang yang mengunakan perkhidmatan mereka dan yang mengunakan juga bukan dari gulungan saperti mana mereka yang mengunakan perkhidmatan kenderaan awam biasa.

Walaubagaimanapun PETEKMA akan terus menyokong SPAD untuk bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan perkara isu penangguhan kenaikkan tambang teksi ini terutama teksi lemosin ini kerana, Teksi lemosin hanyalah satu perkhidmatan khas tidak saperti perkhidmatan kenderaan awam yang lainnya.

Beliau juga memohon agar isu kenaikkan tambang teksi ini tidak di politikkan oleh sesetengah ahli politik hanya kerana kepentingan politik mereka dan PETEKMA tidak akan menyertai mana mana mogok yang akan di lancarkan oleh pengusaha kenderaan sewa yang lain, Bagi PETEKMA mereka tidak akan berbuat demikian malahan akan memecat keahlian mereka yang menyertai mana mana mogok berhubung isu kenaikkan harga tambang ini.

Mohd. Syarir berkata beliau percaya kepada proses rundingan dan oleh kerana kerajaan sendiri telah mengiktiraf bahawa pemandu Teksi Lemo ini sebagai ‘Duta Kecil’ maka seharusnya kerajaan mengambil berat akan kebajikkan ‘Duta Kecil’ ini.

Menurut beliau lagi sahingga kini sudah hampir 6 tahun ahli ahlinya bersabar.

“Kami pemandu teksi bukan ada EPF atau SOCSO. Hidup kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dahlah kena bayar sewa harian RM45 sehari, belum campur duit minyak dan ‘maintenence’. Jadi bila kami keluar pergi kerja kami kena fikir nak cari duit untuk ‘cover’ (memenuhi keperluan) ini semua dulu”

Malah ada diantara ahli PETEKMA telah pun membuat pertukaran meter bersesuaian dengan pengumuman kenaikkan tambang tersebut, PETEKMA mempunyai keahlian seramai 23 ribu seluruh Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.