Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Petronas Pemangkin Utama Kejayaan Pasukan Mercedes AMG Petronas Dalam Perlumbaan F1

Kongsi maklumat ini
Tags

ft1Kuala Lumpur – Petronas merupakan pemangkin utama kejayaan pasukan Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan Formula One (F1) dengan mencipta produk setaraf kualiti antarabangsa.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Norliza Kamaruddin berkata ia hasil daripada penggunaan teknologi minyak diesel Petronas Primax, minyak pelincir Petronas Syntium dan bendalir hidraulik Petronas Tutela yang digunakan pada kereta lumba pasukan Mercedes AMG Petronas.

“Ketiga-tiga komponen itu telah menjadi ‘Petronas Fluid Technology Solutions’ yang digunakan oleh kereta lumba pasukan kami sejak tahun lepas, sekali gus memberikan kemenangan pada perlumbaan F1 di Grand Prix Australia pada kali ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis tayangan iklan komersial televisyen (TVC) kempen ‘The Winning Formula’ 2015 F1.

TVC pertama yang bertajuk ‘How Far We Go’ telah disiarkan pada 13 Mac (Jumaat) lepas manakala TVC kedua yang bertajuk Why Do We Race” pula akan dilancarkan pada 27 Mac ini dan boleh ditonton di www.petmos.com.my.

Pemandu Britain, Lewis Hamilton daripada Mercedes AMG Petronas menjuarai perlumbaan pembukaan F1 musim ini di Melbourne, Australia hari ini dengan menewaskan rakan sepasukan Nico Rosberg.

Menurut Norliza, litar F1 adalah satu platform yang bagus untuk menguji produk-produk yang dihasilkan bagi kegunaan pelumba dan juga pengguna di jalan raya.

Selain itu, Petronas turut menjalinkan kerjasama pada perlumbaan F1 kali ini dengan mencipta enjin kereta keselamatan yang digunakan semasa perlumbaan tersebut buat pertama kalinya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.