Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Petronas rancang pembuangan pekerja

Kongsi maklumat ini
Tags

Brunei-and-Malaysia-Enter-Several-Oil-and-Gas-DealsKUALA LUMPUR: Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pembuangan pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.

Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.

Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.