Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

PETRONAS Utamakan Rakyat Walau Harga Minyak Merudum

Kongsi maklumat ini
Tags

dghsKota Bharu – Kejatuhan harga minyak mentah dunia tidak menjejaskan usaha Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu rakyat yang memerlukan bantuan terutama mereka yang ditimpa bencana alam.

Sebubungan itu Petronas hari ini menghulurkan sumbangan keperluan harian seperti makanan, pakaian dan peralatan membersihkan rumah, bernilai kira-kira RM21,000 kepada Kampung Pantai Kundur di sini, yang dilanda ombak besar Laut China Selatan baru-baru ini.

Seramai 17 keluarga yang rumah mereka rosak teruk dibadai ombak besar serta ditimbusi pasir menerima sumbangan berkenaaan.

Turut menerima sumbangan ialah 50 keluarga miskin di perkampungan nelayan berkenaan.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata dalam keadaan harga minyak mentah dunia jatuh merudum, Petronas terus meletakkan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan.

“Kejatuhan harga minyak tidak menyebabkan kita menghentikan usaha untuk membantu rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di kampung itu, hari ini.

Wan Mohd Hasnan berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penduduk terbabit.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.