Kiriman pada: Thu, Dec 29th, 2016

‘PFAM Banyak Cakap Tapi Mengarut’

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, membidas Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang disifatkan ‘banyak bercakap tetapi mengarut’.

Annuar menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini, mempersoalkan apakah yang dilakukan PFAM menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail, selama ini untuk meningkatkan profesionalisme pemain.

“Saya dapati PFAM banyak bercakap akhir-akhir ini, tapi banyak juga mengarut.

Apakah yang PFAM buat selama ini untuk meningkatkan profesionalisme? Profesionalkah pemain-pemain kita? Lebih baik PFAM tumpu pada tugas utama mereka,” katanya.

Semalam, dalam sebuah akhbar tempatan, Izham mendedahkan masih ada 23 kes tunggakan gaji pemain yang belum selesai, membabitkan lapan pasukan.

Statistik berkenaan kata Izham, menunjukkan banyak pasukan Liga Malaysia (Liga M) belum mencapai tahap profesional dalam menghormati kontrak pemain, terutama dalam kes pembayaran gaji.

Katanya, pada musim ini, tiada perubahan ketara berhubung layanan pasukan kepada pemain kerana masih ada pasukan yang enggan membayar gaji pemain seperti dijanjikan.

Tambahnya, ada juga pasukan yang tidak menghormati pemain apabila menamatkan kontrak sesuka hati tanpa mengikut perjanjian bersama.

Laman Facebbok

Annuar menjelaskan, masalah persatuan bola sepak di negara ini tidak semudah dilihat pada pandangan mata Izham dan hanya mereka yang pernah terbabit dalam perkara berkenaan akan memahaminya.

“Tiada persatuan yang tak mahu bayar gaji pemain, ini bukan soal profesional atau tidak, FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) misalnya adalah antara persatuan paling tua dan terbaik di negara kita.

Tapi mereka juga tak sunyi daripada masalah. “Kalau nak tahu sebahagian dari pengalaman mengurus persatuan, saya jemput saudara Izham dan pegawainya minum kopi bersama saya.. mungkin kita (boleh) bincang apa erti PROFESIONAL….,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.