Kiriman pada: Sun, Aug 30th, 2015

Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Dalang Perhimpunan Bersih 4

Kongsi maklumat ini
Tags

PK12_290815_ZAHID-UMNO LENGGONGIpoh – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik penganjuran perhimpunan Bersih 4.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan para pemimpin terbabit bahawa pihak berkuasa sedang memantau tindak-tanduk mereka.

“Kita juga mengikuti setiap patah ucapan mereka. Kita tahu apa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ipoh Timur di Bangunan UMNO Perak hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, antara tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mereka ialah di bawah Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.