Kiriman pada: Tue, Jan 24th, 2017

Pilih Pembangkang Untuk Berpolitik Di Usia Tua

Kongsi maklumat ini
Tags

Mungkin ada benarnya kata kawan dan sahabat yang aktif berpolitik 24 jam bahawa jika mahukan kesenangan, ketenangan, kemakmuran dan kedamaian sertailah UMNO dan Barisan Nasional tetapi jika mahukan berpolitik sahingga tua sertailah parti Pembangkang.

Logiknya lihat sahaja pemimpin-pemimpin yang berada didalam kepimpinan pembangkang, boleh dikatakan hampir kesemua mereka sudah melepasi waktu Magrib, malah ada yang ingin menghabiskan masanya berpolitik sahingga khiamat terpaksa memilih pembangkang untuk membolehkan dirinya terus berpolitik.

Kerana pakatan pembangkang adalah ruang penempatan warga Magrib yang tidak mahu berhenti dari berpolitik atas pelbagai nama termasuk yang terbaharu ialah mahu selamatkan negara ini, selamat dari apa tidaklah kita ketahui, kerana sahingga kini tiada musuh pun yang mahu menyerang Malaysia.

Tidak lah diketahui dan tiada dijumpai akan kajian di peringkat mana pun, mengapa mereka yang ingin berppolitik sahingga khiamat memilih untuk menyertai pembangkang walhal mereka mendapat latihan didalam politik kerajaan, dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengurusan politik yang mana turut diberi tahu bahawa bila sampai masa dan ketika mereka ini perlu berihat dan memberikan ilmu dan pengalaman yang didapati kepada generasi muda yang bakal mengganti.

Tetapi apa yang dapat dilihat, semakin mereka berumur semakin ligat mereka berpolitik seperti orang yang tidak mahu melepaskan dunia, malah ada yang lebih teruk lagi dari itu, bila tidak mempercayai orang muda untuk mengambil alih tugas yang pernah mereka sandang sahingga terpaksa diberi kata dua untuk berihat.

Oleh kerana pengurusan parti seperti UMNO dan Barisan Nasional sering memberi peluang kepada mereka yang lebih muda disamping masih menilai perkhidmatan yang telah berumur, maka mereka yang telah diberi petunjuk pintu keluar dewan maka mereka memilih parti pembangkang yang memang menanti mereka seperti tong sampah.

Mengapa dikatakan seperti tong sampah? kerana mereka menerima sesiapa sahaja tanpa melihat track rekod terlebih dahulu dan kesemua itu tidak penting bagi mereka kerana yang penting adalah menguna pakai orang orang tersebut demi kelansungan apa yang mereka katakan sebagai perjuangan.

Tanpa peduli sejarah, mereka akan menerima seperti tong sampah yang masih kosong, itu lah parti pembangkang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.