Kiriman pada: Sat, Dec 26th, 2015

Piramid buku Perak pecah Rekod Guinness

Kongsi maklumat ini
Tags

RAJA DIHILIRIPOH: Projek Piramid Buku Terbesar Dunia sempena Bos Gaurus Book Festival, di sini berjaya memecah Rekod Dunia Guinness (GWR) dengan 70,247 naskhah buku, sebentar tadi. Wakil GWR, Anna Lewis Orford, hadir sebagai saksi dan mengesahkan ia memecahkan rekod dunia membina piramid buku terbanyak dengan jumlah 63,377 buku yang dipegang oleh Kedai Buku Ernster di Luxembourg pada April lalu. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP), Nor Aini Mohd Nordin, berkata idea untuk menyertai GWR dilaksanakan oleh IMAGIKA Sdn Bhd pada sekitar bulan Ogos dan pihaknya mengumpul buku pada bulan lalu sebelum mula membina piramid buku pada 19 Disember. “Secara jujur, bukanlah satu kerja mudah kerana kami perlu melakukannya secara berhati-hati mengikut kriteria untuk melabel, menjejak, melekatkan nombor siri sebelum menentukan bentuk penyusunan struktur piramid di bahagian atas dan di bawah buku dengan begitu teliti dan kukuh. “Sekiranya rekod sebelum ini membina piramid dalam tempoh penyusunan tanpa henti selama lapan minggu untuk membina sejumlah 63,377 buku tetapi kami berjaya siap menyusun selama seminggu sahaja,” katanya pada sidang media selepas pengumuman pengiktirafan sijil GWR di pentas utama di Stadium Indera Mulia di sini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif IMAGIKA Sdn Bhd, Hezle Helan dan Pengerusi urusetia program, Rozana Raja Ibrahim. Nor Aini berkata, seramai 40 orang kakitangan yang kebanyakan adalah sukarelawan, bekerja tanpa henti secara bergilir atau mengikut syif bermula jam 8 pagi hingga 8 malam dan 8 malam hingga 8 pagi untuk menyusun dan membina piramid membabitkan 70,247 dengan keluasan 6 x 6 meter dan tiga meter tinggi. Beliau berkata, 20,000 naskhah buku adalah sumbangan daripada komuniti seluruh negara manakala selebihnya adalah daripada PPANP. “Sesuai dengan slogan ‘Perak Amajaya’ yang diilhamkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sebagai negeri yang kaya dengan pendidikan dan ilmu, rekod ini menjadi simbolik bagi menguatkan slogan berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.