Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Piya Harap Timbang Cadangan Warna Jersi

Kongsi maklumat ini
Tags

sfgdgJENERAL padang Kelantan, Mohd Badhri Radzi berharap pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman menimbang semula cadangan menggunakan warna merah jambu pada jersi rasmi skuad sepanjang Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Bagi Kapten Kelantan itu, dia mengakui merah merupakan warna tradisi skuad tersebut dan ia cukup sinonim dengan penampilan skuad pantai timur itu sejak berpuluh tahun lalu.

Bukan itu sahaja, pemain dikenali dengan panggilan Piya itu memberitahu, warna merah melambangkan semangat kental Kelantan selain menghadirkan rasa gerun kepada pasukan lawan.

“Sejujurnya, kami tidak kisah pun kalau penaja mahu meneruskan hasrat menggunakan jersi berwarna merah jambu. Tetapi kalau bolehlah warna merah kena ada juga pada jersi utama itu nanti.

“Kalau kita gabungkan warna merah dengan merah jambu pun rasanya okay juga. Secara peribadi, saya rasa mungkin ini idea yang baik, namun sebagai pemain kami akan tetap mengikut arahan pihak pengurusan,” katanya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi entri laman sosialnya menjelaskan, pasukan itu akan kekal menggunakan jersi rasmi berwarna merah ketika beraksi di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida dilaporkan media tempatan, menegaskan mahu memastikan warna merah jambu dan putih menjadi warna utama jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.