Kiriman pada: Fri, Mar 13th, 2015

PKR, DAP Janji Kerja Keras Bantu Jentera PAS Hadapi PRK Chempaka

Kongsi maklumat ini
Tags

PRKKuala Lumpur – Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) semalam telah dibentangkan dengan Draf Rang Undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Shariah 1993 oleh wakil-wakil Kerajaan Kelantan ketika mesyuaratnya.

Melalui satu kenyataan bersama pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP yang dikeluarkan, hasil dapatan perbincangan itu akan dikaji semula dengan lebih mendalam di peringkat kerajaan Kelantan.

“Wakil-wakil Kerajaan Kelantan bersetuju membawa balik beberapa dapatan dari perbincangan Majlis Pimpinan PR pada hari ini untuk dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat Kerajaan Kelantan,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menjelaskan mesyuarat tersebut antara lainnya turut membincangkan perihal Pilihanraya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

PKR dan DAP dalam mesyuarat tersebut telah menyatakan komitmen mereka untuk memberikan kerjasama penuh selain sokongan bagi membantu jentera PAS mencatatkan kemenangan pada PRK itu nanti.

“Mesyuarat juga membincangkan PRK Chempaka. KEADILAN & DAP akan memberi sepenuh kerjasama dan sokongan untuk membantu PAS menang bergaya di Chempaka,” jelas kenyataan itu.

PRK DUN Chempaka terpaksa diadakan berikutan kematian bekas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru di mana Barisan Nasional (BN) telah awal-awal lagi menarik diri dari pertandingan sebagai tanda komitmennya terhadap kerjasama dengan PAS dalam proses memulihkan semula Kelantan yang terjejas akibat banjir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.