Kiriman pada: Tue, Mar 3rd, 2015

PKR mohon Sarawak tarik larangan masuk beberapa pemimpin parti

Kongsi maklumat ini
Tags

bendera pkr6KUCHING: PKR hari ini memohon kerajaan Sarawak mengkaji semula larangan masuk ke negeri ini yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan parti itu.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, berkata PKR menghormati Perkara 18 Perjanjian Malaysia namun meminta budi bicara Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem untuk mempertimbangkan permohonan itu.

Perjanjian Malaysia yang melingkungi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, adalah syarat-syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

“Saya meminta ketua menteri melihat semula tindakan terhadap beberapa pemimpin PKR yang dihalang masuk ke Sarawak. Saya tegaskan sementara kita menghormati undang-undang Imigresen dan autonomi Imigresen dalam Perkara 18, tetapi atas budi bicara ketua menteri, saya minta dapat membantu perkara ini.
“Dan sekiranya ada maklumat yang perlu disampaikan kepada kami tentang mengapa mereka tidak dibenarkan masuk, kita boleh cari jalan penyelesaian,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat hampir sejam terhadap Adenan di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Turut hadir, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Ali Biju; dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.