Kiriman pada: Sun, Feb 12th, 2017

PKR Selar Sikap PAS

Kongsi maklumat ini
Tags

Shah Alam – PKR menyelar sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terus mempersoalkan hubungan parti itu dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

Dr Xavier Jayakumar Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, berkata PAS tidak mampu bertahan serta membentuk kerajaan jika terus bergerak secara sendirian.

Malah, katanya, UMNO sendiri turut membentuk kerjasama dengan MCA dan MIC bagi memperkukuhkan kedudukan politik.

“Kenyataan Abdul Hadi dilihat tidak mengambil kira realiti politik semasa.

Semua parti politik, sama ada blok kerajaan dan blok pembangkang perlu membentuk kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

“Jadi, PAS tidak perlu bangkitkan soal kenapa PKR ada hubungan dengan DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Bagi PKR, kita sedia kerjasama dengan semua parti. Saya tidak fikir apa yang dinyatakan oleh Abdul Hadi itu perlu dianggap serius atau tidak. Mungkin kenyataan Abdul Hadi itu tidak lebih hanya untuk menjaga kedudukan dalam PAS,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang dipetik sebagai berkata, PAS akan mengkaji semula hubungan dengan PKR ketika muktamar parti, yang dijadual pada April ini, berikutan sikap PKR yang terus bekerjasama dengan DAP dan parti serpihan PAS itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.