Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

PLUS Ambil Langkah Tangani Peningkatan Trafik Sempena Aidilfitri

Kongsi maklumat ini
Tags

1apluzKuala Lumpur – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaksanakan beberapa langkah bagi menangani peningkatan mendadak kenderaan yang akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Elite sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu dengan peningkatan paling ketara dijangka pada 16 hingga 20 Julai ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata pihaknya telah mengatur pelbagai strategi untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selesa dan lancar di lebuh raya itu.

Katanya PLUS telah menyiapkan Projek Lebaran Lorong Keempat di laluan Shah Alam-Rawang-Jalan Duta serta persimpangan Nilai Utara-Seremban sepanjang 63km, dan bersedia untuk dibuka kepada lalu lintas sepenuhnya bagi penyuraian trafik.

“Selain itu, laluan kontra juga akan diaktifkan bagi membantu perjalanan trafik di laluan tertentu.

“Bagaimanapun, pengaktifan laluan kontra bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran polis,” katanya ketika taklimat Media Persediaan PLUS Menghadapi Pertambahan Trafik di Musim Perayaan di Persada Plus.

Noorizah berkata pihaknya menjangkakan aliran trafik meningkat antara 20 peratus dan boleh mencapai sehingga 180 peratus pada hari tertentu, berbanding hari biasa.

” Kami menjangkakan di laluan Slim River-Simpang Pulai meningkat 180 peratus dan Ipoh-Changkat Jering 152 peratus,” katanya.

Sementara itu, Noorizah berkata bagi menggalakkan orang ramai di Lembah Klang pulang ke kampung halaman masing-masing, PLUS menawarkan rebat tol antara 30 dan 50 peratus pada waktu bukan puncak.

“Antaranya rebat tol sebanyak 50 peratus ditawarkan sepanjang hari untuk perjalanan melebihi 100km di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Elite serta pengguna sistem elektronik seperti kad PlusMiles, Touch n ‘Go atau Smart Tag pada 13 dan 23 Julai,” katanya.

Selain itu, rebat tol sebanyak 40 peratus diberikan pada 14 dan 22 Julai dan 30 peratus bagi perjalanan jarak jauh pada 15 dan 21 Julai ini.

Untuk membantu kelancaran perjalanan pulang ke kampung, Noorizah berkata piihaknya juga akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Lebuhraya PLUS pada 16 Julai hingga 20 Julai ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.