Kiriman pada: Thu, Jul 31st, 2014

PM Akan Berjumpa Dengan PM Belanda Berhubung Tragedi MH17

Kongsi maklumat ini
Tags

Najib2Amsterdam – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di The Hague berhubung nahas MH17 apabila beliau tiba untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Netherlands.

Datuk Najib dijadual tiba pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Duta Besar Malaysia di Netherlands, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata tujuan utama lawatan Perdana Menteri adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang urusan pengecaman mangsa tragedi itu serta penghantaran pulang mayat mereka ke tanah air.

Beliau memberitahu wartawan Malaysia di sini bahawa Datuk Seri Najib akan mengadakan perbincangan dengan Rutte mulai 11.15 pagi (5.15 petang di Malaysia), sebelum berlepas ke Hilversum, tempat di mana mayat mangsa melalui proses pengecaman dan forensik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.