Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

PM Akan Sampai Ucaptama Pada Seminar Peringatan TUN ABDUL RAZAK

Kongsi maklumat ini
Tags

dvafjKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucaptama pada seminar peringatan khas mengenai Tun Abdul Razak.

Acara itu yang berlangsung Khamis ini bertema ‘Legasi Kepimpinan”. Seminar itu dianjurkan oleh Yayasan Cemerlang dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), dengan sokongan Universiti Tun Abdul Razak.

Dalam kenyataan bersama hari ini, ia berkata penceramah terdiri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Hanif Omar, Tun Abdullah Ayub, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Leo Moggie dan Tan Sri Michael Chen.

Ketua Pegawai Eksekutif ASLI Tan Sri Michael Yeoh berkata seminar itu akan memberi manfaat kepada generasi muda negara yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Perdana Menteri Kedua Malaysia itu, dan bagaimana legasi beliau dapat membantu memajukan negara.

“Penganjur berharap dapat memanfaatkan kepimpinan Tun Abdul Razak untuk merencanakan masa depan Malaysia Kontemporari dan membantu menangani cabaran politik, ekonomi dan sosial,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.