Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

PM Arah Peguamnya Teliti Artikel WSJ

Kongsi maklumat ini
Tags

FW347301_PTJ21_311014_PM_BUKU-lprKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak untuk meneliti artikel yang diterbitkan The Wall Street Journal bertajuk ” Malaysia Leader’s Accounts Probed”.

Bertindak bagi pihak firma berkenaan, Wan Azmir Wan Majid, dalam satu kenyataan berkata artikel bertarikh 2 Julai itu, dicemari pelbagai tuduhan terhadap Najib yang melibatkan beberapa syarikat dan transaksi.

Beliau berkata dengan meneliti artikel berkenaan, mereka (para peguam) membuat kesimpulan bahawa bahasa yang digunakan, dengan sengaja atau sebaliknya, merujuk kepada beberapa fakta dan syarikat yang diterangkan secara samar-samar.

Katanya artikel oleh WSJ dikeluarkan, diterbit dan disebarkan melalui laman portal WSJ iaitu www.wsj.com.

“Pertamanya, kami telah diarahkan untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kepengarangan, pengedaran dan penerbitan artikel tersebut, bagi tujuan menamakan pihak-pihak yang sewajarnya dalam apa-apa tindakan yang akan dilakukan. Ini memerlukan perbincangan dan penyelidikan memandangkan artikel itu tidak menggambarkan maklumat yang luas untuk perkhidmatan sebarang surat undang-undang atau dokumen mahkamah”.

“Kedua, satu lagi isu yang menjadi perhatian ialah bidang kuasa memandangkan penerbitan berasal dari Amerika Syarikat dan boleh diakses di seluruh dunia. Kami juga telah diarahkan supaya wakil tempatan WSJ hadir dan kami juga meneruskan usaha mendapatkan penjelasan lanjut dan terperinci mengenai perkara ini,” katanya.

Wan Azmir berkata memandangkan artikel itu melibatkan beberapa pihak, para peguam juga telah diarahkan untuk mempertimbangkan tindakan bersama atau tindakan ke atas, jika bukti menunjukkan wujud konspirasi terhadap pelanggan mereka.

“Sila ambil perhatian bahawa syarikat dinamakan sebagai konspirator dengan pelanggan kami, dalam artikel ini adalah, International Petroleum Investment Co, Tanore Finance Corp, SRC International Sdn Bhd and Ihsan Perdana Sdn Bhd,” katanya.

Peguam itu seterusnya menyatakan bahawa beberapa nama-nama syarikat dan organisasi hanya dirujuk sebagai syarikat berkaitan atau syarikat-syarikat yang dimiliki oleh organisasi-organisasi tertentu atau syarikat-syarikat.

Beliau berkata sumber atau destinasi atau transaksi yang didakwa tidak pernah didedahkan.

“Ini, sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan wujud keperluan untuk identifikasi fakta. Apabila dia telah mengenal pasti pihak-pihak tertentu, bidang kuasa dan penglibatan konspirator atau pihak-pihak yang juga telah secara tidak bersalah dikaitkan dalam artikel ini, kami boleh meneruskan untuk menangani isu ketiga,” jelas Wan Azmir.

Beliau juga berkata, isu yang ketiga adalah untuk menangani semua kemungkinan atau remedi undang-undang munasabah untuk pelanggan mereka.

Katanya ini termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan fitnah, tindakan selanjutnya yang berliku-liku dan remedi termasuk sebarang pelanggaran mengikut undang-undang oleh WSJ dan syarikat-syarikat berkaitan dan (jika ada) yang berkomplot.

Peguam itu berkata bahawa ini bukan satu tindakan undang-undang yang berterus terang disebabkan oleh dakwaan-dakwaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Wan Azmir berkata tujuan penjelasan ini adalah untuk mengelakkan bantahan yang tidak perlu oleh WSJ berhubung dakwaan-dakwaan yang dibuat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.