Kiriman pada: Mon, Nov 30th, 2015

PM Batal Dua Program Di Pekan Untuk Hadiri Istiadat Pengkebumian Raja Muda Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

PH10_291115_PMPekan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memendekkan program sehari beliau di Pekan untuk menghadiri istiadat pengkebumian Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah di Alor Setar, Kedah petang ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Pekan sebelum itu dijadual menghadiri empat program di daerah ini bermula dari pagi sehingga petang ini, namun hanya sempat hadir dua daripadanya iaitu majlis bersama anggota Rela di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar dan majlis berkhatan beramai-ramai.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Umi Hani Shaarani berkata Perdana Menteri terpaksa membatalkan dua lagi program yang sepatutnya dihadiri iaitu perasmian kampus baru Universiti Malaysia Pahang di Pekan dan tinjauan pembinaan Masjid Teknologi Hijau di Kuala Pahang.

Tunku Abdul Malik, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akibat kegeringan dan perkara itu diumumkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pagi tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.