Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

PM Bertemu Pemimpin Parti-parti Komponen BN

Kongsi maklumat ini
Tags

najibPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini.

Pertemuan Najib yang juga Pengerusi BN dengan para pemimpin itu berlangsung hampir dua jam sejak 10 pagi di Bangunan Perdana Putra, yang turut menempatkan pejabat perdana menteri.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kereta para pemimpin berkenaan dilihat mula meninggalkan perkarangan Perdana Putra kira-kira 11.40 pagi.

Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Masing, yang memberhentikan keretanya di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra, mengesahkan mengenai pertemuan itu kepada para pemberita.

Masing berkata pada pertemuan itu, para pemimpin parti-parti komponen menzahirkan sokongan mereka kepada perdana menteri.

“Kami memberitahu beliau (Najib) tentang keyakinan penuh kami terhadapnya,” kata Masing.

Beliau berkata Najib juga menasihatkan semua parti komponen supaya mengambil langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan BN selain meningkatkan sokongan akar umbi terhadap parti masing-masing.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.